Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah
Bilik menjahit idaman |
Bilik menjahit idaman saya.
In shaa Allah.
Sedang mengusahakan impian sendiri untuk memiliki ruang menjahit seperti ini.
Rasa
tenang sahaja. Kemas dan teratur. Barang-barang jahitan disimpan dengan
elok di tempat yang sesuai. Secara automatik perasaan nak menjahit pun
seronok dan idea pun datang mencurah-curah.
Keadaan sekeliling juga mempengaruhi emosi dan pemikiran kita. Tidak perlu sempurna sama seperti di dalam gambar, yang penting selesa ikut kemampuan sendiri.
Keadaan sekeliling juga mempengaruhi emosi dan pemikiran kita. Tidak perlu sempurna sama seperti di dalam gambar, yang penting selesa ikut kemampuan sendiri.
Ruang pengudaraan dan pencahayaan pun kena cukup. Ini penting. Nanti pengsan pula bila dah menjahit tak berhenti-henti.
Sekarang
saya dalam proses mengemas ruang menjahit saya secara perlahan-lahan.
Sedang mencari idea nak hias bilik supaya lebih teratur. Bilik menjahit
saya agak kecil sahaja. Jadi kena pandai gunakan ruang yang ada
sebaik-baiknya.
Entri kali ini saya mahu mencari inspirasi dan idea melalui gambar-gambar yang dikongsikan ini. Jom, kita cuci mata.
Foto 1 : Sangat ringkas tapi menarik. "Less is More". |
Foto 2 : Warna merah sangat menonjol. Rasa bersemangat nak menjahit. |
Foto 3 : Comel !. Pink sangat. |
Foto 4 : Luasnya meja. Sangat berguna bila nak menggunting kain atau membuat pola. |
Foto 5 : Warna-warni. Cerianya rasa. |
Foto 6 : Teratur. |
Sangat kreatif orang yang menghias bilik menjahit ini.
Apa lagi, boleh mula merancang untuk deko-deko bilik menjahit sendiri pula supaya nampak lebih menarik. Baru semangat nak menjahit. Betul tak?.
No comments:
Post a Comment