Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah
Bunga-Bunga Cinta Lace |
Beberapa
hari ini saya telah diserang selsema. Sepanjang hujung minggu
dihabiskan dengan berehat sahaja. Selalunya waktu cuti macam inilah saya
berpeluang melakukan aktiviti jahit- menjahit ini. Sebab bila dah masuk
hari bekerja memang tiada masa.
Sambil
duduk berehat membelek-belek laptop, terjumpa pula gambar projek jahitan dan
kraf yang saya buat dulu. Setiap kali saya dapat siapkan sesuatu projek itu, saya akan mengambil gambar sebagai rekod dan simpanan.
Ia juga sebagai penyuntik semangat untuk saya menjahit serta berkraf lagi dan lagi tanpa rasa
jemu atau letih. Kerana bukan setiap projek yang dibuat terus berjaya.
Kadang-kadang kena cuba berkali-kali baru dapat hasil yang memuaskan.
Panjang pula intro saya ya.
Baiklah.
Saya nak kongsikan salah satu projek kraf yang saya
buat dulu. Saya beri nama "Bunga-bunga cinta" yang dibuat dari lace. Projek suka-suka sebab masa
itu banyak sangat koleksi lace saya. Rasa rugi jika tak digunakan jadi terhasillah bunga-bunga ini.
Bulatan lace di bahagian bawah lebih besar dari atas disebabkan perbezaan panjang lace yang digunakan. |
Batu rhinestone digunakan untuk menutup lubang di bahagian tengah. Secara tak langsung jadi penambah seri pada bunga. |
Kesemua bahagian dilekatkan menggunakan gam UHU. |
Saya menggunakan dua lace yang
berlainan corak. Satu lace ukurannya panjang dan satu lagi ukurannya
lebih pendek sedikit. Setiap lace ini saya jahitkan dengan jelujur kasar
sehingga hujung. Jahitan tidak perlu dimatikan. Kerana setelah dijahit
sampai hujung, benang tadi perlu ditarik ataupun lebih senang kata
dijerut sampai lace tersebut membentuk satu bulatan.
Lace
yang panjang tadi bentuk bulatannya akan lebih besar daripada bulatan lace yang pendek. Selepas itu, lace yang sudah dibentuk bulat tadi
disusun seperti dalam gambar di atas dan dicantumkan menggunakan gam
UHU.
Nanti
akan ada lubang di tengah-tengah bulatan tadi, jadi saya gunakan batu
rhinestone untuk menutup lubang tersebut. Ia juga menambah seri pada
bunga. Boleh juga guna butang dan manik yang besar. Janji boleh menutup
lubang tersebut dan nampak cantik pada bunga. Ikut kreativiti
masing-masing.
Jika ingin mencuba membuatnya sendiri, taip sahaja 'flower lace tutorial' di Youtube. Banyak tutorial yang akan keluar.
Jika ingin mencuba membuatnya sendiri, taip sahaja 'flower lace tutorial' di Youtube. Banyak tutorial yang akan keluar.
Dijadikan sebagai hiasan pada beg ataupun sebagai sepit rambut ikut kreativiti masing-masing. |
Bunga-bunga lace ini boleh dijadikan sebagai hiasan pada beg ataupun penyepit rambut dan pelbagai lagi kegunaannya mengikut kreativiti sendiri.
Selamat menjamu mata dan selamat mencuba.
Salam perkenalan dari bumi sonata.cantik craft awak.kemas.tini suka crafting juga tp da lama x aktif sgt skrg.
ReplyDeleteSalam perkenalan dari saya juga. Terima kasih. Saya buat crafting ni pun sebab ada masa terluang. Kalau sibuk kerja memang tak sentuh langsung.
DeleteSalam kenal.
ReplyDeleteNi aktiviti zaman sekolah dulu. Tiada lace perca pun jadi.
Kalau teruskan boleh juga jana pendapatan
Salam kenal dari saya juga puan.
DeleteBlog puan antara salah satu blog yang saya singgah belajar ilmu jahitan.
Saya buat ni suka-suka waktu lapang.
Setuju. Kalau diteruskan boleh jana pendapatan.