Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah
Hari ini saya nak berkongsi lebih-lebih lagi kepada yang baru nak belajar menjahit bagaimana cara membaca ukuran dalam inci.
Mari kita mulakan.
Pembaris inci di atas dan di bawah pula adalah pembaris metrik |
Pertama sekali cuba lihat perbezaan diatas, diantara pembaris metrik yang biasa kita gunakan dengan pembaris dalam ukuran inci.
Pembaris metrik mempunyai 10 senggat (garisan) manakala pembaris inci pula mempunyai 8 senggat.
Sekarang kita lihat pada pembaris inci, setiap satu senggat mewakili setiap nombor seperti yang dinyatakan di bawah.
Bacaan bermula dengan senggat pertama iaitu 0 kemudian diikuti seterusnya dengan,
1/8 inci
2/8 inci = 1/4 inci (suku inci)
3/8 inci
4/8 inci = 1/2 inci (setengah inci)
5/8 inci
6/8 inci = 3/4 inci (tiga suku inci)
7/8 inci
8/8 inci = 1 inci
Kemudian bacaan disambung dengan,
1 1/8 inci
1 2/8 inci = 1 1/4 inci (satu suku inci)
1 3/8 inci
1 4/8 inci = 1 1/2 inci (satu setengah inci)
1 5/8 inci
1 6/8 inci = 1 3/4 inci (satu tiga suku inci)
1 7/8 inci
1 8/8 inci = 2 inci
2 1/8 inci
2 2/8 inci = 2 1/4 inci (dua suku inci)
2 3/8 inci
2 4/8 inci = 2 1/2 inci (dua setengah inci)
2 5/8 inci
2 6/8 inci = 2 3/4 inci (dua tiga suku inci)
2 7/8 inci
2 8/8 inci = 3 inci
dan seterusnya.
*Tulisan bewarna merah menandakan ukuran ini kerap digunakan sewaktu menjahit.
Ini beberapa contoh gambar ukuran yang diambil supaya lebih jelas dan mudah untuk faham.
Ukuran kain adalah 3/4 inci |
Ukuran kain adalah 1 1/4 inci |
Ukuran kain adalah 1 1/2 inci |
Ukuran kain adalah 2 1/8 inci |
Ukuran kain adalah 3 5/8 inci |
Ukuran kain adalah 3 7/8 inci |
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Kemudian saya nak kongsikan cara bacaan apabila terdapat pengiraan. Kadang-kadang kita perlu membuat beberapa pengiraan untuk dapatkan sesuatu ukuran.
Sebagai contoh;
Apabila kita ingin membuat pola, ukuran lilit pinggang perlu dibahagi dengan 4.
Jika ukuran lilit pinggang kita 28 inci, jadi 28 perlu dibahagi dengan 4 jawapannya adalah 7 inci. Mudahkan?.
Tetapi jika ukuran lilit pinggang kita seperti 25 1/2 atau 27 1/2 inci, bagaimana pula kita nak mengiranya. Kerana 25 dan 27 tiada dalam sifir 4. Tambahan lagi ada 1/2 inci pula dibelakang.
Sebelum itu, kita lihat dulu pengiraan di bawah.
1/8 inci = 0.125 inci
2/8 inci = 1/4 inci = 0.25 inci
3/8 inci = 0.375 inci
4/8 inci = 1/2 inci = 0.5 inci
5/8 inci = 0.625 inci
6/8 inci = 3/4 inci = 0.75 inci
7/8 inci = 0.875 inci
8/8 inci = 1 inci
*1/8 sama juga dengan 1 dibahagi 8 dapatlah jawapannya 0.125 dan sama juga dengan yang lain.
Kita kembali semula bagaimana hendak membuat pengiraan pinggang tadi. Pengiraannya begini;
25 1/2 inci dibahagi dengan 4;
25 1/2 inci = 1/2 inci sama juga dengan 0.5 inci (lihat pengiraan di atas).
Jadi, 25 inci + 0.5 inci = 25.5 inci.
Kemudian, 25.5 inci dibahagi dengan 4, jawapannya ialah 6.375 inci.
6.375 ditukarkan kembali kepada pecahan dengan;
0.375 sama juga dengan 3/8 inci (lihat pengiraan di atas).
Jadi, 6.375 inci = 6 3/8 inci.
25 1/2 inci dibahagi dengan 4 jawapannya ialah 6 3/8 inci.
27 1/2 inci dibahagi dengan 4 jawapannya ialah 6 7/8 inci.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Ada lagi satu cara, kalau tidak mahu pening-pening kepala mengira. Kadang-kadang saya gunakan cara ini bila tiba-tiba rasa otak dah tepu tengok nombor-nombor ini. Saya belajar cara ini dari guru menjahit saya sewaktu saya pergi kelas menjahit dulu.
Sebagai contoh, 25 1/2 inci dibahagi dengan 4;
Ambil pita pengukur bukan pembaris ya. Ambil ukuran 25 1/2 inci dan lipatkan pita pengukur tersebut kepada 2 bahagian. Seperti dalam gambar di bawah.
Pita pengukur dilipat kepada dua bahagian |
Selepas dilipat dua akan dapat ukuran 12 3/4 inci. Kemudian dari ukuran 12 3/4 inci lipatkan lagi kepada 2 bahagian. Sebab dibahagi 4 , jadi pita pengukur perlu dilipat sebanyak 2 kali. Seperti dalam gambar di bawah.
Dari ukuran 12 3/4 tadi, pita pengukur dilipat kepada 2 bahagian lagi |
Jawapannya ialah 6 3/8 |
Akhir sekali cuba lihat berapa ukuran yang telah kita dapat pada pita pengukur. 25 1/2 inci dibahagi dengan 4 jawapannya ialah 6 3/8 inci.
Hari ini entri penuh dengan nombor-nombor.
Saya harap perkongsian ini jelas dan boleh faham. Semoga ia dapat membantu dan bermanfaat. Jika ada terkurang sila betulkan saya ya. Sama-sama berkongsi ilmu.
Jumpa lagi di entri akan datang. Selamat menjahit !.
Terima kasih ats ilmu yg dberi. Semoga dibls dgn kebaikan...
ReplyDeleteSama-sama. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca di blog saya ini :)
DeleteTerima kasih byk2 di atas perkongsian ilmu....apa yg anda kongsikan sgt bguna kpd sy...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sama-sama.
DeleteTerima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca di blog saya ini :)
Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteSama-sama.
DeleteTerima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca di blog saya ini :)
Tips ni sgt berguna bagi sy yg masih newbie...
ReplyDeleteTerima kasih. Selamat menjahit :)
DeleteTerima kasih ilmu dikongsikan
ReplyDeleteSama-sama ;)
Deletetq sis ilmu yg diberi.. moga Allah mblasnya
ReplyDeleteSama-sama ;). Terima kasih kerana sudi membaca.
Deleteterima kasih sis...ilmu ini yg sy cari...tq bayk2 ☺
ReplyDeleteSama-sama :). Selamat menjahit.
Deletealhamdulilah, jumpa jugak penerangan yang jelas . terima kasih untuk ilmu yang sangat berguna untuk saya . Semoga dimurahkan rezeki sis sekeluarga . Salam ramadhan sis 🙂
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteSaya doakan cikpuan sekeluarga juga dimurahkan rezeki. Amin.
Salam Ramadhan ;)