Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah
Masih
sempat lagi untuk saya ucapkan kepada anda semua yang beragama Islam,
selamat menyambut Hari Raya Aidiladha yang telah disambut pada 24hb.
September yang lepas bersamaan 10 Zulhijjah 1436 Hijrah. Selamat menjalani ibadah korban. Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan disuburkan dengan penuh keikhlasan kerana Allah S.W.T. In shaa Allah.
Minggu
yang agak sibuk. Walaupun mempunyai cuti yang panjang, saya tidak
sempat langsung menyibukkan diri dengan aktiviti menjahit. Tapi sempat juga curi-curi masa untuk menulis entri pada hari ini.
Bahagian hadapan sarung bantal |
Bahagian belakang sarung bantal |
Gambar-gambar di atas adalah hasil projek jahitan saya beberapa bulan yang lepas.
Sarung bantal dari lebihan kain panel yang ada. Kebetulan ada banyak lebihan kain panel, rasa sayang pula kalau tidak digunakan. Jadi saya terfikir untuk cuba menjahit sarung bantal.
Sangat mudah rupanya menjahit sarung bantal ini. Jika menjahit dengan penuh tumpuan, tidak sampai satu jam sahaja sudah boleh siap. Sarung bantal ini bersaiz 16 inci x 16 inci dan muat-muat disarungkan pada bantal hiasan yang saya beli di
tesco.
Bahagian belakangnya pula saya menggunakan kain linen berwarna coklat untuk dipadankan dengan kain panel di bahagian hadapan. Sarung bantal ini hanya perlu disarungkan sahaja, tidak ada butang ataupun menggunakan zip, sebab itu ia mudah dijahit dan tidak mengambil masa yang lama kerana ia ringkas.
Bantal ini akan menjadi teman saya di bilik menjahit. Gambarnya pun sudah menunjukkan gambar mesin jahit. Sesuai sangatlah.

Kain Panel |
Kain panel ini adalah dari jenis linen. Satu panel bersaiz 35 inci lebar x 55 inci panjang dan ada enam gambar yang berlainan yang terdapat padanya. Di antara salah satunya yang saya gunakan untuk projek jahitan sarung bantal ini.
Gambar-gambar yang selebihnya juga saya sudah gunakan untuk projek jahitan yang lain. In shaa Allah jika diberi kelapangan waktu saya akan kongsikan di blog ini.
Selamat menjahit dan selamat berhujung minggu.
No comments:
Post a Comment