Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah
Selamat berhujung minggu kepada anda, pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.
Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat dan memberi inspirasi untuk menjahit.
Gambar-gambar yang banyak ini adalah sarung kotak tisu polka dot yang saya telah saya jahit.
Kalau
diikutkan cara membuat dan menjahitnya mudah sahaja. Tapi saya
mengambil masa selama satu hari menjahitnya berulang-ulang kali untuk
mendapatkan ukuran yang sesuai. Alhamdulillah akhirnya menjadi juga.
Memang
memenatkan. Tapi kesilapan itu mengajar saya supaya lebih berhati-hati
selepas ini dan jangan cepat berputus asa. Cuba sehingga berjaya.
Menjahit ini tidak boleh dibuat dalam keadaan tergopoh-gapah. Menjahit
kena berada dalam keadaan yang tenang, barulah boleh dilakukan dengan baik. Kesilapan dapat
dikurangkan dan kain pun tidak membazir.
Lace dan butang yang terdapat pada bahagian atas bertujuan untuk mengelakkan sarung kotak tisu ini dari terbuka.
Kain yang saya gunakan pula adalah kain linen.
Kain yang saya gunakan pula adalah kain linen.
Sarung kotak tisu ini jika dihasilkan sendiri dapat menaikkan seri sesuatu
ruang rumah, jika kita pandai menggunakan corak kain yang sesuai. Ia akan
menjadi perhiasan dalam rumah yang menarik dan menonjol.
Baiklah. Itu sahaja untuk hari ini. Jumpa lagi.
Selamat menjahit dan berkraf !
No comments:
Post a Comment