Pages

Pertama Kali Menjahit Beg

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Hari ini entri saya dipenuhi dengan gambar-gambar beg.

Kebanyakannya semua projek jahitan saya pada tahun-tahun lepas. Tahun ini aktiviti menjahit agak berkurang sedikit disebabkan kengkangan masa.

Beg-beg inilah penyebab utama saya jatuh cinta dengan bidang jahitan apabila saya cuba hendak belajar menjahit beg sendiri.

Selalu lihat blogger-blogger berkongsi entri berkenaan beg hasil jahitan mereka sendiri yang sangat kreatif dan cantik. Mereka juga berkongsi tutorial menjahit beg menyebabkan saya pun teringin untuk menjahitnya sendiri.

Jadi inilah hasilnya.



Waktu baru-baru nak belajar menggunakan mesin jahit.

Masa inilah jarum saya banyak patah, tapak jahit patah, salah potong kain dan macam-macam lagi. Ganas tidak ganasnya saya. Jahit beg tote saja pun. Tapi semua alat jahitan patah macam saya menjahit beg besi pula.





Bila dah berjaya menghasilkan dua buah beg tote, saya jahit lagi. Tengah 'mood' menjahit beg katakan. Lagipun masih banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki untuk dapatkan hasil yang lebih memuaskan.


Apabila sudah banyak menjahit beg tote, saya beranikan diri menjahit beg yang berzip pula. 

Masa mula-mula dulu, kalau boleh memang mengelak menjahit beg yang menggunakan zip. Takut-takut jarum patah lagi.

Tapi kena cuba, kalau tidak cuba sampai bila pun tidak berjaya. Kemahiran pun tidak dapat dikembangkan.


Ini pula beg paling terkini saya jahit itu pun tahun lepas juga. Saya menggunakan kain panel yang berlebihan.

Dalam proses berjinak-jinak belajar menggunakan pemegang beg yang 'readymade'. Hanya perlu menjahit beg sahaja, kemudian pemegangnya akan dipasang kemudian setelah beg siap dijahit.

Cara ini lebih mudah dan menjimatkan masa. Masa untuk menggunting dan menjahit pemegang beg dapat dikurangkan. Lagipun, beg juga nampak lebih eksklusif pada yang sudah pandai menjahit.

Ada banyak lagi beg-beg yang saya hasilkan tapi kebanyakannya telah dihantar ke kampung. Saya berikan pada adik-adik perempuan saya, tidak sempat untuk tangkap gambar sebagai simpanan.

Saya rasa cukup di sini saja. Jumpa lagi di entri akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca.

Selamat berhujung minggu dan selamat menjahit.



13 comments:

  1. cantikny beg-beg awak.saya ni lamanya nak dapat semangat menjahit balik.hehe

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ;)
    Tapi sekarang saya dah lama tak jahit beg.. banyak dah lupa.
    Tapi bila semangat menjahit tu sampai.. tak boleh nak berhenti..hi hi..

    ReplyDelete
  3. Mana nak dapatkan material kain mcm ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli online saja. Kain-kain ini semua saya beli dari Maymayshop dan Fabric Fanatic.

      Delete
  4. Cantiknyer beg2 ni..Tak bercadang nak buat kelas online ke?

    ReplyDelete
  5. Belum expert lagi puan untuk buka kelas online :). Saya pun masih dalam proses try and error. In shaa Allah, saya boleh berkongsi melalui tutorial dulu. Terima kasih sudi membaca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jahitan mmg kemas. Sy berminat nak cuba. Harap sudi guide... Terima kasih.. tak sabar nak tunggu tutorial puan.. :)

      Delete
    2. In shaa Allah. Sama-sama. Saya akan cuba bantu apa yang termampu puan :).

      Delete
  6. Assalamualaikum...sis boleh share x bahan yg digunakan..batting ke..sy br nk try menjahit beg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Maaf lambat reply, dah lama tak buka blog.

      Semua beg dalam gambar ni saya guna batting kecuali beg Retro & Vintage. Nak nampak beg macam gebu-gebu sikit. Sesuai kalau nak buat beg untuk laptop sebab batting boleh melindungi isi dalam beg.

      Beg Retro & Vintage tu guna fabric interfacing dalam dia supaya beg nampak berstruktur.

      Harap dapat membantu. Selamat menjahit ;)

      Delete
  7. Assalamualaikum Nurshuhada..dekat mana boleh dapatkan kain untuk bag tote ni...sya x tau nk cari material kain utk bag ni...material yg bercorak mcm diatas...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, boleh rujuk entri saya yang terbaru ini "Tempat Saya Membeli Kain-Kain Untuk Menjahit". Tarikh entri pada 16/5/2017. Di situ saya senaraikan tempat saya selalu beli kain. Harap dapat membantu.

      Delete
  8. Assalam..sis ada buat kelas tak?berminat nk belajar..

    ReplyDelete