Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah
Alhamdulillah.
Kain-kain yang ditempah sudah sampai. Bolehlah saya mulakan aktiviti menjahit beg jerut (drawstring bag) saya sekarang.
Seperti yang dijanjikan, beg
jerut ini akan dijadikan hadiah untuk bengkel Blogger Cilik Malaysia, iaitu
program sempena cuti sekolah yang akan diadakan pada Disember 2015 ini. Satu program
yang sangat bermanfaat yang dikendalikan oleh Puan Azura Abdullah, seorang penulis buku Bekerja & Berniaga : Panduan Kejayaan Untuk Suri.
Saya sangat berbesar hati serta
teruja menjadi salah seorang penaja hadiah untuk program ini dan tidak
sabar untuk menghadiahkan hasil tangan saya ini kepada bakal-bakal blogger
cilik itu nanti.
Bagi yang berminat dengan program ini boleh rujuk di facebook page Blogger Cilik Malaysia untuk info yang lebih lanjut.
Inilah dia kain-kain yang akan dikorbankan nanti untuk dijadikan beg jerut. Kita tunggu dan lihat apa hasilnya.
No comments:
Post a Comment