Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah
Phew!.
Seperti
yang dirancang, siap juga akhirnya. Walaupun sibuk dengan urusan kerja
dan urusan peribadi, sempat juga saya curi-curi masa menjahit beg jerut
ini.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Inilah dia kain-kain cotton pada entri sebelum ini yang telah dijahit menjadi beg jerut, 'handmade' khas sebagai hadiah tajaan untuk adik-adik yang akan mengikuti bengkel Blogger Cilik Malaysia pada musim cuti sekolah ini.
Beg jerut ini bersaiz lebih kurang 7" panjang dan 10" lebar (18cm x 25.5cm), berjumlah 10 unit kesemuanya. Setiap satu corak mewakili dua beg jerut. Dijahit menggunakan kain cotton dari pelbagai corak yang ceria dan berwarna-warni sesuai dengan usia adik-adik yang mengikuti bengkel ini.
Kain-kain yang sudahpun bertukar rupa;
Semoga dengan tajaan hadiah yang serba ringkas ini sedikit sebanyak dapat mengembirakan hati adik-adik ini serta dapat memberi semangat dan inspirasi untuk mereka menulis dengan gembira.
Selamat menulis dan selamat menjahit !
Hi.. do you sell this product. Plzz mail me the details at aditibajaj19@gmail.com
ReplyDeleteThanks
product ni ade buat jual ke? boleh pm saya, maisarahhananai@gmail.com / 0174738889. thank you
ReplyDeleteMaaf ya. Lambat reply. Saya tak jual product ni.
Delete