Pages

Tutorial Sarung Tab Instagram & Minion Guna Felt

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Assalamualaikum w.b.t.


Aktiviti kraf adik-beradik di hujung minggu namanya ni.

Adik perempuan saya tiba-tiba teringin lah pula nak buat aktiviti kraf. Jadi aktiviti yang terlintas di fikiran saya ialah seni kraf felt. Ia mudah dan senang dibuat.

Tengah dia ada 'mood' nak buat aktiviti berfaedah lebih baik beri dia galakan. Sekurang-kurangnya adalah aktiviti yang dia buat daripada menonton televisyen saja.

Maklumlah orang dah habis SPM, merdekalah jawabnya. Kalau boleh nak hadap televisyen 24 jam.



Inilah hasil kerja tangan adik saya.

Nampak jugalah rupa minion tu. Jadi kakakmu yang tersangat baik hati ini bagi lima bintang !!. Hihi..

Cuma lepas ini, kepada adik ku sayang jangan lupa kemas bilik balik sudahlah ya. Dah berselerak rupa apa dah.

Baiklah, bagi yang ingin mencuba membuat sarung tab ini boleh ikut tutorial di sini ya.

Selamat mencuba & selamat berkraf.



Projek Kraf Felt

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah


Assalamualaikum w.b.t.


Seni kraf felt ini adalah aktiviti kraf yang pernah saya buat dahulu sebelum mula minat menjahit. Sempat jugalah mengambil tempahan.


Ini adalah projek kraf felt saya yang pertama. Saya cuba buatkan keychain nama untuk adik.

Bila tengok semula hasil projek pertama ini rasa kelakar pun ada. Ya lah budak baru belajar, jahitan pun nampak tak kemas dan tak seimbang.

Gam pula comot sana, comot sini.

Lagi satu, sila abaikan gambar yang kabur dan gelap itu ya. Hihi. Tak pandai nak tangkap gambar lagi waktu ini.

Lama-lama bila sudah cuba banyak kali, adalah sedikit peningkatan. Practices make perfect. Betul tak?

Adik pula bawa keychain ini pergi ke sekolah, ramailah yang minat nak menempah. Budak-budak sekolahkan suka benda-benda comel macam ini. Cuma kesian sebab tak sanggup nak jual pada mereka ini. Ya lah, duit belanja pun mak ayah yang beri.

Tapi bila dah kerap mereka bertanya saya pun ambil tempahan cuma jual pun dengan harga murah sebab budak-budak sekolah.

Tapi itu dulu. Buat masa ini dah tak buat kraf felt lagi. Lebih banyak tumpukan perhatian pada menjahit pula.

Ini di antara koleksi-koleksi kraf felt yang pernah dihasilkan.







Pada yang minat dengan seni kraf felt ini, di sini saya letakkan link diantara laman web yang menjual barangan felt dan juga berkongsi info berkenaan dengan seni kraf ini.

Amal Creative

Sus n d Felt Product

Asma Felt Box

Maya Kraf

Yana Craft

Selamat mencuba bagi yang baru berjinak-jinak dengan seni kraf felt ini dan selamat berkraf !.



Dekorasi Botol Kaca Kosong

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Assalamualaikum w.b.t

Projek kraf pertama untuk tahun 2016.

Selalu tengok botol tempat menyimpan gunting ni kosong je. Jadi hari ini nak bagi dia pakai baju pula.

Sekurang-kurangnya ceria sikit mata nak tengok warna-warni gitu.

Nak buatnya pun mudah saja. Guna kain perca dari pelbagai corak digunting panjang-panjang. Kemudian lilitkan pada botol dan tampal menggunakan gam UHU saja. Dah jadi.

Kalau ada tali atau lace boleh buat ikat riben. Ikut daya kreativiti masing-masing.

Tadaa. Siap sudah.



Yang ini pula hasil kerja tangan adik saya.

Dia pun teringin juga nak mencuba membuatnya. Tak sangka dia pun minat juga dengan seni kraftangan ni.

Cara yang sama dengan tambahan butang-butang yang pelbagai warna dan corak sebagai hiasan.

Selamat mencuba!.