Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah
Jahitan kreatif seperti jahitan tampal cantum (patchwork), tampal hias (applique), seni quilt, sulaman dan smocking menjadikan hasil jahitan itu unik mengikut kreativiti seseorang itu.
Dalam satu projek jahitan kreatif itu tidak semestinya hanya menggunakan satu teknik sahaja tetapi kesemua teknik tersebut boleh diaplikasikan bersama.
Sebagai
contoh, jahitan sulaman boleh digunakan untuk menampal corak pada kain
dalam projek jahitan tampal hias. Manakala teknik tampal cantum pula
boleh dijadikan sebagai lapisan kain yang pertama dalam projek jahitan quilting.
Dalam satu projek jahitan kreatif itu tidak semestinya hanya menggunakan satu teknik sahaja tetapi kesemua teknik tersebut boleh diaplikasikan bersama.
Aksesori hiasan seperti sarung bantal, alas meja, alas kaki, hiasan dinding dan pelbagai lagi yang menggunakan teknik jahitan ini dapat memberi penampilan menarik dan 'rare' pada kediaman. Ia juga mempunyai nilai seni yang tinggi dengan kehalusan dan ketelitian hasil kerja. Disamping itu mendorong diri menjadi kreatif dalam memilih warna kain dan corak yang sepadan.
Tanpa perlu mengeluarkan duit membeli aksesori hiasan, dengan sedikit suntikan kreativiti menggunakan lebihan kain yang ada kita dapat berjimat.
Antara projek jahitan yang saya telah hasilkan untuk kediaman saya;
Kotak Fabrik |
Sarung Kotak Tisu |
Bantal |
No comments:
Post a Comment