Foto: Google
Foto kredit: nancynicholson.blogspot.com |
Sulaman
adalah satu teknik jahitan yang melibatkan penggunaan alatan seperti
ram, jarum sulam dimana saiznya lebih besar daripada jarum biasa, benang
sulam serta corak yang akan disulam.
Sulaman
menggunakan mesin memberi kelebihan dalam memudahkan dan mempercepatkan
kerja sulaman. Sulaman tangan memakan masa
berhari-hari bergantung pada corak yang ingin dihasilkan.
Sulaman mesin terbahagi kepada dua iaitu sulaman mesin manual dan sulaman mesin berkomputer. Sulaman
mesin manual memerlukan kita menggerakkan sendiri ram mengikut corak
sulaman yang dikehendaki. Berbeza dengan mesin sulaman berkomputer di
mana kita hanya perlu menetapkan corak yang kita mahu pada mesin.
Kemudian mesin akan melakukan kerja sulaman sepenuhnya tanpa perlu kita
menggerakkan ram. Ia hanya akan berhenti apabila benang
perlu ditukar.
Semestinya hasil seni sulaman
menggunakan tangan lebih tinggi dan mahal nilainya keran ia dibuat
sendiri dengan penuh tekun dan sabar. Tetapi dengan permintaan yang
tinggi, masa memainkan peranan yang penting. Oleh itu penggunaan mesin jahit untuk kerja
menyulam adalah pilihan terbaik.
** Video dari youtube teknik sulaman menggunakan mesin berkomputer.
No comments:
Post a Comment