Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah
Ini kali kedua saya terima katalog dari Missouri Star Quilt Company (MSQC). Memang sangat-sangat mencairkan
hati seorang penjahit seperti saya ini dengan kain-kainnya yang pelbagai
corak. Bertahan, kuatkan semangat untuk menempuh setiap helaian majalah ini. Jika kedainya di Malaysia, tamat sudah riwayat gaji saya tiap-tiap bulan pergi sini sahaja.
Belian untuk $100 kos penghantarannya adalah $25. Jika ditukarkan ke Ringgit Malaysia lebih kurang RM430 tambah kos penghantaran RM108. Jadi jumlahnya RM538. Terbeliak mata tengok. Selalu beli kain setiap bulan tak lebih pun dari RM100. Harap satu hari nanti, mana tahu ada rezeki mampu membelinya.

Dalam majalah ini ada banyak corak kain dan peralatan quilting yang dijual. Serta
ada contoh-contoh corak quilting yang telah dihasilkan dari kain-kain
ini ditunjukkan di dalam katalog. Setiap kain dan peralatan disertakan
sekali kod supaya mudah untuk membuat pembelian secara online. Rambang
mata dibuatnya.
Oh ya, bagi yang belum mengetahui mengenai Missouri Star Quilt Company (MSQC) ini, boleh klik di sini ya. Mereka juga mempunyai laman youtube penuh dengan tutorial yang sangat-sangat mudah untuk diikuti. Mahu tahu berkenaan katalog ini boleh baca di sini.
Baiklah.
Selamat menjahit semua. Hendak sambung semula membelek-belek katalog
ini. Tidak mampu hendak beli, jadi sumber inspirasi pun boleh.
No comments:
Post a Comment