Pages

Siri Tujuh Penyiasat Karya Enid Blyton Memori Budak-Budak Zaman 90-An

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Dalam perjalanan ke pejabat sambil mendengar radio. Topik paginya, "Apa buku pertama yang anda baca semasa kecil ?."

Dengan pantasnya Siri Tujuh Penyiasat karya Enid Blyton melintas di fikiran. Kisah penyiasatan tujuh orang sahabat bersama seekor anjing membantu polis menyelesaikan misteri. Buku ni memang sangat popular di kalangan budak-budak yang membesar pada zaman 90-an. Jika boleh waktu itu mahu ada semua koleksi buku-bukunya.





Kebetulan saya ada bukunya yang dibeli di kedai buku terpakai dengan harga RM1.50. Siap berbalut lagi. Ini versi yang telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Syarikat Penerbitan Fargoes Sdn. Bhd. pada tahun 1995. Versi Bahasa Inggerisnya ialah "Good Old Secret Seven". Dah 22 tahun usia buku ni. Tua lagi usia ku. Alamak! tersasul pula. Walaupun bukunya telah banyak kali dicetak dan bertukar kaver, yang ini juga yang dekat di hati.

Semasa kecil dulu saya ingatkan penulisnya seorang lelaki, rupa-rupanya seorang perempuan. Pasti ada juga yang berfikiran begitu, betul tak kawan-kawan?. Enid Mary Blyton ialah seorang penulis buku kanak-kanak yang popular pada tahun 30-an. Lahir pada 11 Ogos 1887 di East Dulwich, London, United Kingdom dan meninggal dunia pada 28 November 1968. Bukunya telah banyak diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu.

Selain bermain pondok-pondok, galah panjang, polis entri one two jaga polis mati pencuri jaga, eh macam tu  ke ejaannya, buku ini menjadi teman imaginasi. Membayangkan kita bersama-sama dengan watak-watak di dalam cerita menyelesaikan misteri dan berharap dapat berjumpa dengan mereka. Mulalah berangan-angan melihat sekeliling mungkin ada misteri yang boleh diselesaikan. Kenangan sungguh.

Saya juga dulu ada beberapa koleksi buku ni. Tapi sayang sudah hilang. Kecil-kecil dulu tak pandai jaga barang. Letak di merata-rata tempat dan kemudian lupa.

Selain dari Siri Tujuh Penyiasat ini ada lagi karya Enid Blyton yang lain antaranya; Siri Lima Sekawan, Siri Salma, Siri Hadi dan Sekolah Seri Melur. Rasanya ada lagi tapi tidak ingat tajuknya. Memori kabur disebabkan faktor usia.

Mengimbau memori zaman kanak-kanak sambil memandu ke tempat kerja. Berangan punya berangan sudah sampai pejabat. Apa lagi, bekerjalah kita ya.



No comments:

Post a Comment